Salam semua =)
kali nie saye nak cite sal plastik beg... ape agak2 nye cite pasal plastik beg kali nie kan... nak wat kempen ke ape la si iera nie...bosan betol la...takde cite laen ke iera nie nak cite kan...isy isy... ni bukan nak wat kempen ke pe2 la kawan2... saye nak cite 1 kejadian yang agak klaka...bagi saye la klaka...tak tau la korang rase klaka ke tak...if tak klaka sori tau...
semalam bersamaan hari sabtu bertarikh 29 januari 2011 telah berlaku satu peristiwa yang tidak diduga... jeng jeng jeng...ape agak2 nye peristiwa tue eh...so meh saye cite ape yang blaku pada hari semalam...
pada petang semalam saye n makteh saye pegi tesco kat shah alam...dye nak beli sayur-sayuran... so ble dah kat kaunter tue cashier cakap la yang harini takde plastik eh...so baru la kitorang tringat...so bile dah bayar tue...ape lagi...terpaksa la bawa satu2 barang yang dibeli...dah la gune bakul kan...so tak ley la nak bawa sampai kat kete...pas bayar terpakse la bawa barang satu2...saye dukung je brg2 tue...kah3 dah macam dukung baby lak rase...sangat2 memalukan...kitorang tergelak2 sambil bejalan...so moral of da story...jangan lupe benda yang penting kalau tak..anda akan mengalami peristiwa yang memalukan...
so saye pown google la cari perkara2 yang berkaitan dengan plastic beg nie...so meh saye share ngan u all guys... =) sharing is caring right... dari pembacaan saye, plastic beg nie merupakan suatu bahan yang lut sinar, pelbagai warna, nipis dan diperbuat daripada petroleum. Selain dijadikan bahan pembungkus atau tempat menyimpan makanan, ia juga berfungsi sebagai bekas minuman, beg membuang sampah, membungkus anak-anak pokok, baja tanaman, penutup komputer dan sebahagian daripada komponen kenderaan. Menurut perangkaan, seorang individu menggunakan hampir lapan keping beg plastik dalam seminggu. Yang pasti, semakin banyak beg plastik dikeluarkan, semakin terjejas ruang persekitaran bumi.
Bayangkan, hanya disebabkan pembuangan beg plastik, negara akan dilanda tragedi banjir besar sehingga mampu meragut nyawa berjuta-juta rakyat seluruh dunia.Implikasi penggunaan bahan berasaskan plastik terutama beg plastik bukan sahaja mengancam alam sekitar, malah kesihatan dan ekonomi negara. bahan plastik ini mengambil masa sekurang-kurangnya 100 hingga 500 tahun untuk lupus sekiranya ditanam manakala impak pencemaran lebih besar jika dibakar. Pengeluaran, pembuangan dan pereputan beg plastik juga bukan semudah yang disangka. Walaupun sebahagiannya dilihat sudah hancur, tetapi bahan-bahan kimia masih terdapat dalam bentuk habuk yang stabil.
Beberapa negara di benua Eropah yang mewajibkan pengguna membawa beg sendiri yang digelar beg hijau sebagai ganti beg plastik ketika membeli-belah.Penggunaan beg hijau secara meluas di luar negara berjaya mengurangkan pencemaran alam sekitar yang melibatkan beg plastik sehingga 30 peratus. Penggunaan beg hijau adalah jalan alternatif, selain meningkatkan sistem pelupusan bahan plastik kepada yang lebih sistematik. Caranya mudah dengan memperkenalkan kepelbagaian trend dan rekaan potongan beg tersebut. Dengan mengenengahkan konsep pada rekaan beg tersebut, ia dapat menarik minat pengguna terhadap pilihan beg hijau tanpa mengira peringkat usia. Reka bentuk beg yang tahan lama, berwarna-warni, boleh dimasukkan ke dalam beg bimbit, dilipat dan boleh diguna semula dapat mengubah cita rasa dan gaya hidup masyarakat kita hari ini. Seperti di England, Ireland, Bangladesh dan Amerika Syarikat, kerajaannya telah memperkenalkan undang-undang bagi penggunaan beg mesra alam.
ok la nie je kowt yang saye nak share...bye...salam... =)
No comments:
Post a Comment