Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Saturday, January 22, 2011

gastrik???ape tue???


Salam kawan2...

mesti boring kan tengok tajuk entry nie...huhu...tapi saye nak cite sal kejadian yang berlaku kire2 pukul 2++ pagi tadi...Saye n lagi 3 orang kawan tepakse pegi HTAA sebab sorang kawan saye kena gastrik... Saye memang sangat risau sebab dye dah cirit birit n sakit sangat time tue...tapi dye degil taknak pegi klinik or ospital sebab taknak nyusahkan kitorang...so kitorang pakse gak dye pegi...saye pown ade gastrik gak dulu so tao la camne sakitnye bile kena...tapi skang da jarang kena la...sebabnye saye ni skang dah kuat makan...huhu... so kami ber4 pegi la HTAA...

kat HTAA kan memang macam hampeh nak mampos...entah la...sangat tak puas ati...aisy macam2 hal lah...
ape la diorang nie macam tak iklas je nak keje...patot wat keje tue kena la iklas...sampai HTAA around kol 3 ++... sume settle kol 5++... lame kan...hmmm... macam2 penyakit la yang dapat tengok kat unit kecemasan tue...

on da way balek lak kitorang singgah makan kat restoran zaman...tapi kan kitorang sampai around kol 5.40...so xbukak lagi...kitowang pown membuta la dalam kete sampai restoran tue bukak...bangga gile kitorang 1st customer...gile semangat haha....yang special kat restoran zaman nie nasi lemak dye... siyes sedap...entah tak tau nak describe camne sedap dye...harga nasi lemak dye rm1.60 kowt kalo tak salah... tapi yang pelik...awal2 pagi pown ramai orang...family lak tue...cine n india pown ade...haha...tepikir gak nape ea cam sentiase ramai je orang yang makan kat sini...musykil2...so sape2 orang kuantan kan korang penah makan tak kat sini????try la kalo tak penah...haha...sedap tau...saye makan 2 bungkus nasi lemak...kah3 gile pelahap...perot macam jin kan...haisy...tu pown ade ati cakap nak kurus...ira ira...

so dah bebel panjang lebar kan...here dr iera nazirah(ceit siyes annoying gile) nak bagi info sal gastrik nie...

Gastrik or istilah perubatannya, gastritis ialah penyakit keradangan kat dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. slalunya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

Simptom gastrik 

 * sakitan makin kurang or bertambah bila makan.
 * pedih kat ulu hati or bahagian atas perut.
 * rasa loya.
 * berat badan turun.
 * rasa pedih, sakit macam sengal or lapar yang teruk kat perut antara 1-3 hours selepas  makan or tengah malam.
 * taik kehitaman or berdarah (menunjukkan ulser dah berdarah).
 *slalu sendawa.

Punca-punca lain Gastrik:
  • Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Pengambilan kokain
  • Merokok
  • Stres
  • Gangguan autoimun
  • Penyakit crohn
  • Radiasi dan kemoterapi
  • Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
  • Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
  • Rembesan asid gastrik yang berlebihan
  • Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
  • Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.
nie ade petue untuk ubati gastrik...so ley la try kan...

Ambil seheai pucuk betik yang tua, sedikit ibu kunyit da ibu garam sebesar jari kelengkeng. Tunbukkan ketiga-tiga bahan tadi sehingga lumat dan gaulkan dengan setengah cawan air. Tapis air tersebut dan minum. Amalkan seminggu sekali selama tiga minggu.

 nie ade satu cite sal gastrik...siyes tak sangke ley jadi camtue...isy...ngeri...


PIHAK pentadbiran hotel terkemuka di Hong Kong tiba-tiba menjadi cemas. Mereka menjumpai seorang lelaki yang berlumuran darah mati di dalam bilik mandi.
Mungkinkah ini satu pembunuhan ataupun bunuh diri, namun apa yang sebenarnya terjadi ialah Sushill Chowdhury, eksekutif syarikat tekstil India yang terkenal telah membunuh diri secara yang tidak disedarinya.
Tugas yang dilakukannya di Hong Kong membawa kejayaan dan dia ingin merayakannya dengan jamuan makan yang mewah. Dia tidak mempedulikan sakit yang dirasa di dalam perutnya sejak beberapa bulan sebelumnya, walaupun dia pernah menceritakan tentang perkara tersebut kepada kawan-kawan dan isterinya.
Dia memaksa dirinya bekerja keras dan makan tidak tentu. Dia juga tidak berjumpa doktor, akibat-nya luka ulser di dalam perutnya semakin parah dan akhirnya pecah membawa maut.
Fikiran yang tidak tenteram dan sentiasa runsing menyebabkan perut mengeluarkan berlebihan asid dan enzim. Ini mengakibatkan kecederaan di lapisan perut.
 
ok dats all for today ...huhu...bye...salam....

Friday, January 14, 2011

a.n.g.r.y.

Assalamualaikum....


kawan2 sedih tak kalo kena marah tanpa reason yang masuk akal...saye sedih sangat sebab tibe2 some1 marah saye...so saye nak google cari cara2 untuk kawal marah...entry nie saye tujukan khas buat dye...hope dye dah tak marah2 saye lagi pasni...owh saye ade tringat yang ustazah ade kate...kalo ade orang marah kite...kite sedekah kan Al-fatihah untuk dye supaya hati dye sejuk...so hope ati dye sejuk la...


ok jom kite tengok camne nak kawal marah k...


1. Before melepasksn kemarahan,cuba berfikir, apakah kemarahan anda akan berterusan dalam masa yang panjang atau hanya bersifat sementara.Persoalan ini memberi anda ruang untuk berfikir secara rasional tanpa melibatkan emosi semata-mata dan jika anda mendapat jawapannya lebih tenang dan mampu mengawal kemarahan anda.



2 Fikirkan sejenak kesan buruk jika anda melepaskan kemarahan anda. Apakah tindakan anda nelepaskan anda meninggalkan kesan negatif yang lebih panjang daripada kemarahan anda. Jika benar lebih baik anda bertenang, dan andainya kemarahan anda melibatkan perkara yang kecil lebih baik lupakan saja.





3 Ketika marah cuba letakkan diri anda sebagai diri orang yang anda marahi. Fikirkan tentang jasa dan kebaikan yang pernah dilakukannya terhadap anda. Contohnya, jika anda berasa marah kerana ditugaskan melakukan kerja orang lain, fikir secara rasional, bahawa dia juga berada dalam keadaan sedemikian.

4 Fikirkan, apakah anda diperlakukan sedemikian kerana anda dianiaya atau ia memang kesalahan anda atau dilakukan dengan tidak sengaja. Sebagai contoh, jika tugasan anda tidak diterima oleh ketua, fikir semula, apakah ia disebabkan kecuaian dan kelemahan anda atau anda sengaja dianiaya.

5 Ketika kemarahan anda sedang memuncak,cuba buat kiraan 1 hingga 10 dalam hati dalam keadaan tenang tanpa berkata apa-apa, walaupun kaedah ini tidak membantu anda memadam kemarahan serta-merta tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meredakan tekanan dan kemarahan itu.

6 Ketika marah, pejamkan mata anda dan bayangkan anda sedang berada di sebuah pulau percutian yang istimewa bersama yang tercinta. Jika keadaan tidak mengizinkan anda memejamkan mata, cukuplah dengan hanya membawa fikiran merawang jauh ke sana. Kaedah ini amat berkesan untuk memberi ketenangan dan mengurangkan rasa marah anda.

7 Antara cara yang paling mudah ialah dengan menumpukan perhatian pada teknik pernafasan anda. Fokus cara pernafasan anda dengan memastikan nafas ditarik perlahan dan disedut sedalam-dalamnya. Dengan bunyi pernafasan anda dan nikmati pergerakan keluar masuk udara yang amat nyaman dan menenangkan perasaan.

8 Jika cara di atas belum dapat mengurangkan rasa kemarahan, anda boleh meluahkan perasaan pada suami atau isteri, saudara-mara, teman-teman atau pakar kaunseling agar anda tidak di belenggu dengan kemarahan sendiri.

hope tips nie ley jadikan kite orang yang dapat kawal prasaan marah...peace... =)